15 August 2023

DISINDIR ISU BUKA TUDUNG - ELYANA 'SOUND' NETIZEN



"Anak perempuan ku Cahaya Ramadhani. Ramai yang tanya Caca anak siapa? Cahaya Ramadhani adalah anak kesayangan saya. Walaupun bukan dari rahim saya... Saya sedaya upaya menyayangi serta menjaga dia dengan kemampuan saya dari usia caca 6 hari...
"Jadi, kepada pihak2 yang selama ini jahat kepada anak ini..... susah sekali saya memaafkan anda. Terlalu hancur hati saya dengan perbuatan anda.. Saya berdoa semoga suatu hari nanti, anda menjadi manusia yang lebih me Manusia kan Manusia lain.

"Anda tau siapa anda," demikian tulis penyanyi Elyana yang baru-baru ini berkongsi mengenai cahaya mata keduanya, Cahaya Ramadhani, menerusi muat naik video di laman Instagram, dengan menyatakan ramai yang mempersoalkan siapa ibu sebenar kepada anak angkatnya itu.

Klik untuk gambar besar
Dalam kenyataan tersebut, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 36, menjelaskan, Cahaya Ramadhani adalah anak kesayangannya, meskipun bukan dari rahimnya yang dijaga olehnya sejak dari usia 6 hari.

Namun apa yang menjadi perhatian ramai, terdapat komen netizen yang memerli penyanyi berkenaan berikutan dalam video dikongsikan Elyana memaparkan anak keduanya itu dipakaikan tudung, tetapi dia pula membuka hijab.

"Anak kecil dipakaikan tudung.. Mak dah elok bertudung pergi bukak pulak... Hangit torey," tulis individu tersebut.
Komen netizen itu telah mendapat maklum balas Elyana, dimana dia meminta individu tersebut supaya jangan menjatuhkan maruah diri serta keluarga dengan meninggalkan komen negatif seperti itu.

"Jika anda seorang lelaki muslim yang ada akal... dah masih dalam keadaan sihat.... Jangan jatuhkan maruah diri anda dan keluarga di tempat saya. Video positive, kenapa hati negative?" balas Elyana pula.

Terdahulu, penyanyi lagu 'Kalis Rindu' itu memaklumkan, dia sudah berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab tahun lalu. Dalam masa sama, Elyana berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: