15 August 2023

SUAMI MIERA LEYANA TETAP TERUSKAN TUNTUTAN NUSYUZ - BEKAS ISTERI PERTAMA SEDIA PERTAHANKAN DIRI



"Saya pun tak tahu apa dia nak.. saya sedia untuk membela diri. Saya yakin saya tidak nusyuz," ujar bekas madu kepada pelakon Miera Leyana, Adibah Abdul Mutalib yang bingung serta tidak tahu apa yang dimahukan oleh bekas suaminya, Rosland Othman apabila dia tetap meneruskan tuntutan nusyuz terhadap bekas isteri pertama, meskipun sudah sah bercerai pada 3 Ogos lalu.
Yakin tidak bersalah, Adibah berkata, dia bersedia untuk pertahankan diri serta memberi keterangan bagi membuktikan dirinya tidak nusyuz seperti didakwa bekas suaminya itu.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Adibah iaitu Mohd Junid menjelaskan, anak guamnya itu sudah berusaha menyelesaikan tuntutan tersebut sebelum mereka bercerai.

"Ada perbincangan sejak awal lagi untuk selesaikan kes di luar mahkamah secara baik. Walaupun sudah bercerai tetap ada usaha untuk berbincang secara baik.

"Itu hak dia untuk teruskan kes di mahakamh. Mungkin ada alasan sendiri. Sebagai peguam, saya hanya jalankan tugas membela anak guam," katanya.

Terdahulu, Rosland memfailkan nusyuz terhadap Adibah ketika mereka masih bergelar suami isteri atas faktor alasan ingkar perintah suami apabila tidak meminta izin ketika keluar dari rumah.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: