"Bagi saya, kalau sesiapa yang nak ada relationship dengan Azri, be honest about it. Saya dah kata sebelum ini be real. Kenapa tak muncul lagi?
"Has to be real, kenali anak-anak saya, kenali anak-anak tiri saya... Kalau dia nak masuk dalam hidup Azri. Jadi, saya doa kepada Allah SWT supaya Azri dikurniakan isteri yang baik dan akan menjaganya juga dengan baik."
Demikian ujar pelakon Ellie Suriaty yang berkata, dia masih menunggu kedatangan wanita pilihan hati bekas suaminya, pelakon Azri Iskandar iaitu penulis skrip, Dr Azra Diera, untuk bertemu dengan anak-anak.
Dalam pada itu, Ellie turut mengulas mengenai kenyataan Azri yang berniat untuk menjemputnya ke majlis resepsinya bersama Azra.
"Kalau ada ada resepsi, saya akan pergi. Sebab wedding kan? Lagipun, kita dah hidup 19 tahun bersama. Tak ada benda pun nak bermusuhan. Apa nak benci? Dia hanya hamba Allah dan kami berdua tidak sempurna.
"Jodoh dah sampai situ, jadi perlu ke kita bermusuh? Tak payahlah. Bila dia bertemu jodoh dengan orang lain yang lebih baik daripada saya, sudah tentu saya akan meraikan hari besar dia," katanya.
Untuk makluman, Ellie dan Azri bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar dan Nur Azreen.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment