02 August 2023

ELAK BAYAR HUTANG RM1.3 JUTA - A AIDA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP 'DATUK S'



"Saya dah berbincang dengan peguam saya dan kami akan teruskan dengan tindakan undang-undang. Saya tak kisah sama ada menang atau kalah, sama ada dapat semula duit saya atau tidak. Kalau tak dapat, maksudnya, tak ada rezeki saya."
Itulah jelas penerbit terkenal, Datuk A Aida, 53, yang sudah berbincang dengan peguamnya dan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dikenali sebagai 'Datuk S' yang juga tokoh perniagaan , dimana beliau didakwa melanggar perjanjian sekali gus menyebabkan Aida kerugian hampir RM1.3 juta.

"Objektif utama saya adalah, saya nak beri pengajaran kepada dia dan tak mahu orang lain menjadi mangsa seperti saya. Saya nak nama dia didedahkan dan tindakan diambil terhadapnya. Dah beberapa tahun saya menunggu solusi daripada pihak dia. Tapi, nampaknya dia macam tak endahkan saya.

"Walaupun saya dah muat naik video luahan saya mengenai perkara ini di media sosial, masih tiada tindakan daripada pihaknya. Jumlah keseluruhan yang saya keluarkan mencecah hampir RM1.3 juta. Dia ingat dia boleh lepas? Saya akan berjuang berhabis-habisan. Sampai saya mati pun, saya akan cari jalan. Kalau tak lepas di dunia, dia akhirat dia takkan lepas.

Klik untuk gambar besar
"Saya boleh cari wang ringgit. Tapi, kejujuran dan amanah itu paling utama. Saya adalah orang yang jujur. Sebab itulah saya pantang dengan orang yang tidak jujur seperti dia. Dia mencari pasal dengan orang yang salah," katanya yang turut berkongsi kronologi isu perlanggaran perjanjian tersebut, dimana ia bermula sejak 2019, sebelum negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Pada awalnya (2019), dia nak buat pinjaman untuk membuka perniagaan (kolej). Dia beritahu saya, kalau apa-apa berlaku, dia akan berikan tanah resort itu kepada saya. Maksudnya, kalau perniagaan tak berjalan lancar atau apa, sekurang-kurangnya, saya akan dapat tanah.

"Selepas membuat perjanjian, dia minta RM500,000 daripada saya. Kemudian, beberapa kali lagi sebanyak RM300,000 dan RM200,000. Sampaikan setiap bulan saya salurkan wang dana. Jadi, saya mintalah senarai perbelanjaan bulanan. Rupa-rupanya, dalam diam, dia dan rakan kongsi berbelanja untuk hiburan dan sebagainya. Jadi, saya dah berhenti untuk salurkan dana.
"Selepas itu, negara berada di bawah PKP dan kolej itu pun tutup. Kemudian, dia mula mengelak. Saya fikir dia pegang kepada janji. Rupanya, dia penipu," ujarnya yang berkata, pada April lalu, dia ada menghantar wakil untuk berbincang dengan individu itu, namun, janji yang dibuatnya hanya tinggal janji.

"Kali terakhir saya menghantar wakil untuk bertemu dengannya adalah pada 29 April lalu. Waktu itu, dia maklumkan bahawa dia akan bahagikan tanah itu separuh kepada saya. Saya pun tak berkira sangat, jadi saya rasa, separuh pun okay daripada tak dapat apa-apa langsung. Tapi, kemudian, dia menghilangkan diri semula," tutur Aida.

Di beberapa platform media sosial miliknya, Aida memuat naik video menuntut haknya daripada individu itu dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan pengikutnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: