Semua sedia maklum, pasangan suami isteri iaitu pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kazar jarang sekali berkongsi gambar bersama di media sosial.
Memetik Harian Metro, sumber berkata, antara sebab tiada gambar Syamsul dan Ira kerana akan diserang oleh netizen.
Dalam masa sama, sumber itu turut memberitahu, Ira ada memuat naik gambar bersama Syamsul selepas berita bekas madunya, pelakon Puteri Sarah Liyana menarik balik saman, namun perkongsian itu dipadam tidak sampai seminit ianya dikongsikan.
"Selepas berita Puteri Sarah tarik saman terhadap Ira dan keluarganya disiarkan, keesokannya dia ada muat naik gambar bersama Syamsul. Tapi, dalam seminit saja, selepas tu dipadam.
Klik untuk gambar besar
"Dengar kata hantaran tu mendapat kecaman netizen. Itu sebab dia padam. Tapi, ada peminat sempat buat tangkap layar," katanya.
Sehingga kini, Instagram milik Syamsul dilihat masih tiada gambarnya bersama Ira. Sebaliknya, pengarah itu selesa memaparkan aktiviti seni dan momen bersama kedua anaknya.
Terdahulu, Syamsul mengumumkan sudah pun bernikah dengan Ira pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu pelakon Kazar Saisi.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment