03 August 2023

DILABEL DEGIL & SOMBONG - AMELIA HENDERSON LUAH SEDIH



"Saya tahu ada komen-komen netizen yang mendakwa saya degil, sombong dan sebagainya kerana membuat keputusan untuk terus perjuangkan kes ini yang memerlukan turun naik mahkamah. Kalau orang lain, saya rasa mungkin mereka tidak akan memilih jalan ini (tindakan undang-undang).
"Saya sendiri pun tak pernah membayangkan akan berdepan situasi ini. Bayangkan selama 27 tahun saya terbabit dalam industri ini sejak berusia 10 bulan, tempoh yang dilalui sangat lama. Jadi, tentulah saya sayangkan karier ini yang sepenuh jiwa saya serahkan."

Itulah kata pelakon Amelia Henderson, 28, dengan linangan air mata apabila sedih dilabel degil dan sombong oleh netizen kerana dia memilih untuk terus melawan kes saman membabitkannya dengan penerbit A Aida Production Sdn Bhd.

Ujar Amelia atau nama penuhnya, Amelia Thripura Henderson, selama 27 tahun membina karier seni, dia tidak pernah menduga akan berdepan kes mahkamah yang sedikit sebanyak mencalarkan reputasinya.

Tambah pelakon berdarah kacukan itu lagi, dia memang terkesan dengan isu mahkamah yang dilaluinya itu, namun pada masa sama tetap yakin dengan rezeki yang diakuinya datang daripada Tuhan.

"Saya memang ambil berat terhadap kerjaya seni saya. Apatah lagi, saya tahu saya tak buat apa-apa perkara yang boleh menghancurkan karier yang sudah saya bina seumur hidup ini.

"Apapun, saya tetap positif dengan memikirkan rezeki lain yang akan datang pasti ada. Sebabnya, saya percaya urusan rezeki bukan di tangan manusia. Semua itu (rezeki) Tuhan tentukan," tutur pelakon filem 'Pulau' ini pada sidang media khas di pejabat guaman Fernandez & Selvarajah semalam.

Hadir sama, peguam yang mewakilinya iaitu Mansheel Kaur dan Wan Nurliyana Abdul Rahman. Amelia juga ditemani ibu dan adik lelakinya.

Terdahulu, Hakim Zulqarnain Hassan ketika menyampaikan keputusannya dalam talian berkata, mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan permohonan Amelia untuk menggantung perintah permohonan maaf kepada kepada A Aida menerusi syarikatnya A Aida Production Sdn Bhd.

Berhubung perintah pembayaran ganti rugi, Zulqarnain turut membenarkan penangguhan bayaran melebihi RM200,000 itu. Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar wang itu dimasukkan ke dalam akaun bersama yang akan dikendalikan oleh kedua-dua firma guaman yang mewakili Amelia dan A Aida.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: