03 August 2023

RUMAH TANGGA 28 TAHUN BERAKHIR - MADU MIERA LEYANA SAH BERCERAI TALAK SATU



Selepas berhempas pulas mempertahankan rumah tangga, akhirnya madu kepada pelakon Miera Leyana, 30, yang merupakan isteri pertama suaminya, Rosland Othman, 50, iaitu Adibah Abdul Mutalib, 50, sah bercerai talak satu tepat jam 10.50 pagi tadi.
Rosland melafazkan talak itu di hadapan hakim mahkamah rendah syariah, Siti Noraini Mohd Ali Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebelum lafaz cerai dibuat, hakim membacakan hasil perbincangan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) yang dibuat kedua-dua pihak pada 13 Julai lalu.

Rosland berkata kepada hakim, dia membuat keputusan untuk melafazkan cerai berkenaan selepas tiada lagi persefahaman dan tiada perasaan sayang serta tawar hati susulan Adibah membuat kenyataan di media sehingga menjejaskan kerjayanya.

Klik untuk gambar besar
Adibah ketika ditemui media selepas talak itu dilafazkan itu enggan memberi sebarang kenyataan kerana masih terkejut dengan situasi berkenaan.

Sementara itu, Rosland yang ditemani ibu mentuanya, Aisyah Abdullah, bergegas keluar dari dewan perbicaraan tanpa memberikan sebarang kenyataan.

Dalam pada itu, peguam yang mewakli Adibah iaitu Mohd Junid menjelaskan, kes tuntutan hadanah yang melibatkan anak mereka tetap diteruskan.

"Kita tetap lawan dan mempertahankan hak lain," jelasnya yang memberitahu, tarikh perbicaraan untuk sebutan hadanah pada 4 September depan.
Namun, ibu Miera Liyana memaklumkan bakal mengadakan sidang media khas dalam terdekat.

"Kami akan membuat sidang media, harap boleh bekerjasama," katanya ringkas sebelum berlalu pergi.

Terdahulu, Rosland yang mendirikan rumah tangga dengan Adibah pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima orang cahaya mata itu telah memfailkan cerai pada 7 April lalu.

Selain Adibah, Rosland turut bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada Mei 2021.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: