04 August 2023

BEKAS MADU MIERA LEYANA AKUI HATINYA HANCUR, SEDIH MENGENAKAN ANAK-ANAK



Semua sedia maklum mengenai rumah tangga bekas madu kepada pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abd Mutalib yang telah pun menemui noktah apabila dia sah bercerai talak satu dengan suaminya, Rosland Othman.
Berhubung hal tersebut, Adibah yang berasa kecewa itu berkata, dia sudah dapat jangka keputusan perceraian dibuat oleh bekas suaminya itu, selain mengakui hatinya hancur dan sedih lebih-lebih lagi apabila mengenangkan mengenai anak-anak.

"Saya dah boleh agak dan dapat rasakan pengakhirannya begini (cerai). Kalau sedih pun, sedih mengenangkan anak-anak. Rasa hati ini hancur. Dah tak ada apa yang nak dicakapkan lagi," katanya.

Klik untuk gambar besar
Semalam, Rosland Othman telah menceraikan isteri pertamanya, Adibah Abd Mutalib dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Untuk makluman, Rosland dan Adibah mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995. Pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 11 hingga 26 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: