04 August 2023

MATA BENGKAK, SESAK NAFAS DEK ALAH UBAT - SUAMI AYDA JEBAT TERIMA RAWATAN KECEMASAN



Suami kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir baru-baru ini telah menerima rawatan kecemasan di hospital selepas diserang alahan teruk dek tersalah mengambil ubat, semalam.
Jelas Ayda menerusi perkongsian di laman Instagram, pada mulanya, mereka ke hospital berkenaan membawa anak mereka, Ana Nayla untuk pemeriksaan matanya yang tiba-tiba berair, tetapi Nabil pula yang teruk.

Dalam perkongsian tersebut, Ayda juga memuat naik gambar dan video memaparkan keadaan suaminya itu dimana mukanya mengalami bengkak dan terpaksa memakai alat bantuan pernafasan.

Klik untuk gambar besar
"Cepat sembuh sayang. Semalam, Nabil tersalah makan ubat. Rupanya, dia alah dengan ubat itu. Nak bawa Ana Nayla buat pemeriksaan mata yang tiba-tiba berair, akhirnya Dada (bapa) dia lagi teruk.

"Mata tak boleh buka dan sampai susah nak bernafas. Pergi kecemasan terus, nasib baik kami memang di hospital!" tulis Ayda yang turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan alahan kerana ia sangat bahaya.
"Penting untuk tahu ubat atau makanan apa yang kita alah! Jangan buat main! Ada yang cadangkan supaya buat ujian alahan. Nanti kami cuba. Doakan dia cepat baik. Terima kasih semua.

"Kalau kalian dah tahu, kalian alah kepada apa, elakkanlah walaupun kawan kalian atau sesiapa cakap, 'ala, makan sikit saja, bukan mati pun'. Tolong faham alahan ini bahaya," katanya lagi.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: