04 August 2023

REDA TIADA ZURIAT KEDUA - RAJA SHAHIRAN BERI SEMANGAT KEPADA UYAINA



"Sebagai ibu yang membawa kandungan itu, mesti dia (Uyaina) sedih walaupun reda dengan takdir yang ditentukan Allah untuk kami sekeluarga.
"Rasa tertekan itu mesti ada, sebab tiada perkataan boleh menggambarkan perasaan ibu yang kehilangan anak. Jadi, dalam hal ini saya perlu sentiasa kuat memberikan semangat kepada Uyaina."

Itulah kata suami kepada pengacara dan pelakon Uyaina Arshad, 31, iaitu penyanyi Raja Syahiran, 30, yang mengakui, dia perlu kuat untuk memberi semangat kepada isterinya yang berdepan tekanan kerana sedih apabila mengetahui cahaya mata kedua mereka gugur, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Raja Syahiran atau nama penuhnya, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, dan isterinya reda dengan ketentuan Ilahi apabila tiada rezeki untuk menimang anak kedua.

Klik untuk gambar besar


Menurut Raja Syahiran lagi, pada awal kehamilan anak kedua itu, Uyaina juga tidak menunjukkan tanda-tanda diri kurang sihat dan penat, sekali gus akan mengalami keguguran.

"Tiada berlaku tumpah darah pun. Cuma kami pergi buat pemeriksaan di klinik seperti biasa dan doktor beritahu kandungan sudah tiada. Jadi, kami sendiri faham yang ia (kandungan) sudah gugur. Tapi, tidak tahu bila berlaku," ujarnya.

Difahamkan, Uyaina kini berulang-alik dari Kuala Lumpur dan Jakarta atas tuntutan kerjaya sebagai pengacara program realiti D"Academy Asia di Indonesia.
Ditanya sama ada keguguran itu kerana Uyaina terlalu sibuk dengan kerja, Raja Syahiran tampil menjelaskan, apa yang berlaku adalah mereka tiada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata kedua, itu saja.

Pada Mei lalu, Raja Syahiran mendapat kejutan daripada Uyaina ketika mereka bercuti di Desaru, Johor bahawa dirinya hamil anak kedua. Namun, Uyaina kemudian mengumumkan dia keguguran pada 22 Julai lalu.

Untuk makluman, Raja Syahiran dan Uyaina mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Raja Urhan yang kini berusia 11 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: