05 August 2023

JALALUDDIN HASSAN BERSYUKUR KINI SUDAH PULIH : "ALLAH NAK BAGI SAYA REHAT & BANYAK MENGAJI AL QURAN..."



Selepas dirawat hampir seminggu di hospital akibat jangkitan kuman dalam saluran kencing, Jun lalu, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, 69, meluahkan rasa syukur apabila dia kini tidak mengalami masalah kesihatan kronik, malah sudah pulih sepenuhnya dari jangkitan kuman itu.
"Doktor beri antibiotik dan saya juga teruskan rawatan untuk usus di hospital dan masalah tidak lawas buang air besar," jelas Jalaluddin yang turut berkata, pada usia emas kini, dia juga perlu menjaga pemakanannya.

"Maklumlah, pada usia 69 tahun, saya perlu menjaga pemakanan dan tidak boleh minum ais dan minuman bergas. Doktor juga minta saya banyak minum air putih (air masak) dan lebihkan makan buah-buahan," katanya.

Dalam pada itu, Jalaluddin yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri lapan episod berjudul 'Entitled' ini memberitahu, dia akan terus pulang ke rumah selepas selesai penggambaran.

Tambah Jalaluddin lagi, selain berehat, dia juga suka membaca al-Quran bagi membantu daya ingatannya lebih cergas dan tidak mudah lupa, lebih-lebih lagi sebagai pelakon dia perlu menghafal skrip.

"Selain beri ketenangan jiwa, rezeki kita pun murah. Kalau sehari tidak mengaji, saya berasa hidup tidak lengkap. Bila jatuh sakit tu sebenarnya, Allah SWT nak bagi saya rehat dan saya banyak mengaji al-Quran untuk terapi diri," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: