19 August 2023

BUAH PINGGANG BERNANAH - NORLIDA AHMAD @ CONNIE KINI TERIMA RAWATAN



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Sheila Mambo telah memaklumkan mengenai keadaan pelakon popular era 1980-an, Norlida Ahmad atau Connie, dimana beliau kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban akibat buah pinggang bernanah.
Dalam perkongsian itu, Sheila turut memberitahu keadaan Connie sangat lemah dan dalam pemantauan doktor. Selain itu, Sheila meminta semua pihak yang mengenali Connie untuk sama-sama mendoakan pelakon itu segera sembuh.

"Buat masa ini, lawatan tidak digalakkan. Sebarang perkembangan boleh berhubung dengan anaknya, Ally Marisha Afrina. Ku memohon kepada Allah S.W.T yang agung, Tuhan arasy yang megah agar menyembuhkanmu, Amin," tulisnya.

Sheila dalam masa sama turut berkata, kepada mereka yang ingin membantu dari segi kewangan untuk meringankan beban boleh disalurkan kepada akaun anaknya, Ally Marisha.

Perkongsian Sheila itu telah mendapat perhatian pengikutnya yang turut sama mendoakan kesihatan pelakon berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: