19 August 2023

"APA YANG TERSEBAR ITU TIDAK SEMUANYA BENAR" - SAJAT JAWAB DAKWAAN DITAHAN DI AUSTRALIA



Semua sedia mengetahui mengenai usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, yang kini menetap di Australia.
Terbaru, timbul pula dakwaan yang kini tular di media sosial sejak semalam, mengatakan Sajat ditahan di negara itu akibat memiliki pasport tidak sah dan bermasalah.

Berhubung dakwaan itu, Sajat tampil menafikan dan berkata, media sosial tidak seharusnya dijadikan ruang untuk menyebarkan fitnah tanpa fakta serta bukti yang kukuh kerana memberi impak negatifterhadap banyak pihak.

Klik untuk gambar besar
"Apabila berbicara mengenai berita palsu, ramai yang boleh mengabaikan dan menganggap orang ramai akan mengetahui kebenaran.

"Namun, bukan semua kebenaran dapat dibuktikan hanya dengan membiarkan saja berita palsu itu terus tersebar. Saya juga sering menegaskan dan menjelaskan apa yang tersebar itu tidak semuanya benar," ujar Sajat di Instagram.

Pada Oktober 2021, Sajat memilih memulakan kehidupan baru di Australia kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.
Sebelum itu, Sajat pernah melarikan diri ke Thailand, namun ditahan pihak Imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.

Pada 6 Januari lalu, Sajat dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana menghina atau sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Sajat didakwa melakukan perbuatan itu pada majlis bacaan Yasin dan solat hajat, 23 Februari 2018 di premis perniagaannya di Seksyen 16, Shah Alam.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: