19 August 2023

SUDAH 9 BULAN TIDAK BEKERJA, TIADA PENDAPATAN - IBNOR RIZA PERLU DANA RM30K TAMPUNG KOS RAWATAN KANSER LIMFOMA TAHAP 4



Penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza, 62, yang menghidap kanser limfoma tahap empat itu memaklumkan, dia memerlukan dana sebanyak RM30,000 untuk menampung kos dua sesi kemoterapi yang dijadual di pusat perubatan di Petaling Jaya.
"Sepatutnya saya dijadualkan buat dua sesi kemoterapi di pusat perubatan swasta minggu lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana wang tak cukup. Saya sudah jalani kemoterapi sebanyak enam kali di hospital kerajaan sebelum ini tetapi sel kanser masih ada lagi.

"Selepas mendapat nasihat doktor pakar, saya merancang untuk buat dua lagi sesi kemoterapi tetapi di pusat perubatan swasta di Petaling Jaya," ujar Ibnor yang bersyukur kerana beberapa rakan artis mengambil inisiatif untuk menganjurkan program 'Malam Untukmu Ibnor' untuk mengumpul dana menampung kos perubatannya itu.

Antara yang terbabit ialah Datuk Siti Fairuz, Jay Jay, Nizam Laksamana dan Sophia Ibrahim. Menurutnya, program amal itu akan berlangsung di Hotel Grand Barakah, Ampang pada 30 Ogos ini.

"Saya merayu supaya orang ramai dan rakan artis untuk tampil membeli meja yang dijual untuk malam amal itu nanti. Saya sendiri berusaha untuk menjual meja untuk program amal ini kepada rakan artis. Setakat ini, baru beberapa meja saja dapat dijual," katanya dengan nada sebak.

Dalam masa sama, Ibnor turut memberitahu, sejak menghidap kanser limfoma itu, dia sudah sembilan bulan tidak bekerja dan tiada pendapatan.

"Ada juga pihak yang menghulurkan sumbangan wang ringgit tetapi wang itu digunakan untuk menampung kehidupan seharian kerana saya sudah tidak mampu menyanyi seperti dulu," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: