20 August 2023

DETIK PERKENALAN DIATUR OLEH KAWAN - INTAN NAJUWA BERSYUKUR JUMPA LELAKI YANG BOLEH JAGA DIRINYA



"Sebenarnya perkenalan kami tiada yang istimewa... kawan baik Asraf merupakan kawan saya juga. Dia sangat lowkey tida pernah nampak dekat mana-mana dan tiba-tiba kawan perkenalkan saya dengan dia.
"Pada mulanya kami hanya bertegur sapa tetapi tak tahu pula sampai sangkut," kata pelakon Intan Najuwa yang berkongsi dimana perkenalan mereka diaturkan oleh rakan mereka dan tidak sangka ianya berakhir dengan bibit-bibit cinta serta ke jenjang pelamin.

Pada 18 Ogos lalu, Intan akhirnya sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Asraf Azman dengan sekali lafaz dalam majlis diadakan di sebuah resort di Johor. Dalam majlis tersebut, Intan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 serta hantaran sebanyak RM222,000.

Klik untuk gambar besar
Intan atau nama sebenarnya, Najuwa Abdul Wahid, 26, yang berkongsikan perasaan sebak sebaik saja diijabkabulkan itu berkata, dia akhirnya sudah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjaganya.

"Saya rasa perasaan itu datang secara semula jadi. Saya sebak sebab saya rasa saya dah jumpa dengan lelaki yang boleh menjaga saya. Macam-macam sebenarnya yang kami lalui orang tidak tahu.

"Alhamdulillah kini kami bergelar suami isteri, disebabkan itu saya rasa agak sebak," ujar Intan yang memberitahu, dia dan suami belum memikirkan lagi mengenai perancangan bulan madu kerana masing-masing mempunyai tuntutan kerja perlu diselesaikan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: