20 August 2023

"KEADAAN UMMI SANGAT LEMAH & DIA TIADA SELERA MAKAN..." - ANAK CONNIE



Anak tunggal pelakon popular era 80-an, Norlida Ahmad atau lebih dikenali sebagai Connie, 64, iaitu Ally Marisha Afrina Abdullah, 24, ketika dihubungi berkata, walaupun ibunya kini dirawat di wad biasa tetapi keadaannya masih lemah.
Sebelum ini, Connie dilaporkan mengalami masalah buah pinggang bernanah dan jangkitan kuman pada paru-paru serta darah sejak seminggu lalu. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bagi menerima rawatan.

"Keadaan Ummi sangat lemah dan dia tiada selera makan kerana dalam kesakitan. Doktor juga merawatnya dengan antibiotik dan dijangka ditahan di wad dalam tempoh 20 hari lagi hingga sebulan," jelasnya yang turut berkongsi mengenai pembedahan ibunya dimana ia belum diputuskan lagi.

"Setakat ini, doktor belum putuskan untuk buat pembedahan atau rawatan lain lagi. Kemungkinan, Ummi perlu menjalani pembedahan tapi belum diberitahu doktor lagi untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Dalam pada itu, Ally berkata, buat masa ini doktor tidak menggalakkan untuk menerima pelawat kerana ibunya masih dalam pemantauan dan masih lemah.

Pada 2018, Connie pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, kerana tekanan darah rendah dan jangkitan kuman di buah pinggang.

Connie antara pelakon wanita popular pada era 1980-an. Antara filem lakonannya ialah Tujuh Biang Keladi, Bujang Lapok Kembali Daa, Suara Kekasih, Guru Badul dan Sumpahan Mahsuri.

Connie juga pernah menggenggam trofi Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 1989 dan Pelakon Pembantu Filem Popular di ABPBH 1990.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: