Menerusi perkongsian di laman Instagram yang memaparkan klip video program 'Oh Baby Remy', pelakon Remy Ishak akhirnya mengumumkan nama anak sulungnya selepas genap tiga minggu bergelar bapa.
Dalam video tersebut, Remy memberitahu, dia dan isterinya iaitu Ezza Yusof bersepakat memberi nama 'Tuah Alam' untuk anak lelaki mereka.
Jelas Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, 41, dia mahu nama anak mempunyai unsur Melayu. Dalam masa sama, Remy berkata, dia ada sebab tersendiri memilih nama Melayu berbanding Arab, selain percaya nama 'Tuah Alam' mampu memberi aura positif kepada semua orang.
"Ketika saya bujang dahulu, saya terfikir hendak letak nama anak yang ada unsur Melayu. Saya sudah berbincang dengan Ezza, dia setuju. Apabila saya beri nama itu, dia terus okay.
Klik untuk gambar besar
"Selain Tuah Alam, kita ada letak beberapa nama lain seperti Tuah Arjuna dan Tuan Alexander. Kenapa Alexander? Sebab saya ada baca buku Alaxander Zulkarnain mengenai agama.
"Tetapi, akhir sekali, kita 'lock' Tuah Alam. Ada sebab kenapa pilih nama Tuah. Ia bukan semata-mata nama pahlawan Melayu dulu-dulu.
"Ada orang yang nak letak nama Arab dengan maksud yang bagus. Tapi, bagi saya, kenapa tak letak nama Melayu terus? Tuah adalah tuah atau 'luck'. Jadi, daripada pakai nama Arab, saya pakai nama Melayu.
"Alam itu sangat peribadi kepada saya. Ketika itu, saya baca al-Quran selepas solat. Jadi, Alam itu saya dapat ilham daripada ayat pertama surah al-Baqarah. Nama ini adalah gabungan huruf alif, lam dan mim. Bila digabungkan, jadilah Alam," katanya.
Pada 27 Julai lalu, isteri Remy selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada jam 11.17 pagi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Untuk makluman, Remy mendirikan rumah tangga bersama Ezza yang juga ahli perniagaan, pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun berkenalan.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment