20 August 2023

TULAR VIDEO BERSARAPAN DENGAN WANITA DIPERCAYAI FYNA JEBAT - INI RESPON ZAINAL ABIDIN



Semua sedia maklum mengenai rumah tangga bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan, 62, bersama isteri keduanya, penyanyi Fyna Jebat, 30, yang hangat diperkatakan Mei lalu selepas didakwa telah menemui titik noktah setelah dibina awal tahun ini.
Bagaimanapun terbaru, tular video di aplikasi TikTok dimana ia memaparkan Zainal dilihat sedang menjamu selera bersama wanita yang mengenakan pakaian serba hitam dan berambut pendek dipercayai Fyna, di sebuah restoran di Damansara, Selangor.

Namun begitu, tidak dipastikan kesahihan perkara itu memandangkan kerana wajah wanita itu tidak dapat dilihat secara jelas kerana diambil dari belakang.

Klik untuk gambar besar
Mengenai rakaman tersebut, Zainal bagaimanapun enggan mengulas lanjut, selain berkata, dia belum menonton dan tidak mengetahui mengenai penyebaran video itu.

Kemudiannya, Zainal bertindak mematikan panggilan telefon ketika diminta mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama adik kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat itu.

"Saya pun tak tengok... saya pun tak tahu apa. Saya tengah makan ini... nanti saya hubungi semula," ujarnya yang dipetik sebagai kepada mStar.
Video tular tersebut yang dimuat naik oleh akaun milik sebuah portal hiburan itu turut disertakan kapsyen Zainal dan Fyna kelihatan mesra ketika menjamu selera berdua.

"Mesranya penyanyi Fyna dan Datuk Zainal Abidin bersama-sama menikmati hidangan masing-masing pagi tadi di sebuah restoran di kawasan Damansara," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sementara itu, rata-rata netizen mempersoalkan mengenai status rumah tangga pasangan ini, malah ada juga yang tumpang gembira jika mereka sudah rujuk semula dan kembali sebagai pasangan suami isteri.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: