21 August 2023

MESEJ MEREPEK, BERBAUR NEGATIF - AZIZ M OSMAN 'BLOCK' TERUS TERMASUK ANAK SENDIRI



"Saya akan 'block' (sekat) sesiapa saja yang mengirim mesej merepek dan berbaur negatif di WhatsApp serta di akaun media sosial walaupun dia adalah anak saya sendiri. Saya memang tidak akan 'beri muka' dan teragak-agak untuk bertindak.
"Sekarang, saya tengok kebanyakan orang bercakap tanpa ilmu kerana masing-masing dibenarkan bersuara di dalam medium (media sosial) mereka. Jadi, tindakan saya 'block', cuma nak elakkan benda yang tidak baik.

"Pada usia begini, di mana saya pun sudah bercucu pastinya saya tidak akan benarkan benda negatif ada di dalam hidup saya. Saya mahu tenang dan 'move on' saja sebab reda dengan ketentuan takdir."

Itulah kata pengarah filem, Aziz M Osman, 60, yang tidak akan 'beri muka' dan terus menyekat sesiapa saja di WhatsApp serta akaun media sosialnya, walaupun anak sendiri jika didapati mengirim mesej merepek serta berbaur negatif.

Jelas Aziz, dia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu termasuk anak sendiri, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabatnya yang didapati cuba berbuat demikian.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai Aziz dan bekas isterinya, Puteri Lily Lokman, 32, yang bercerai pada awal Julai lalu, selepas 13 tahun hidup bersama dan memiliki dua cahaya mata.

Mereka yang masih rapat dan berhubungan baik selepas berpisah menjadi perhatian apabila Puteri Lily secara bergurau berkongsi di laman Instagram bahawa dia disekat oleh bekas suaminya itu dan gagal membuat pautan (tag).

Klik untuk gambar besar
"Tak boleh nak tag (buat pautan) sebab kena block (sekat). Nak suruh Aziz 'unblock' semula. Berani dia 'block' saya," tulis Puteri Lily.

Menurut pengarah filem 'XX Ray' ini lagi, bekas isterinya itu sendiri boleh membuka 'unblock' itu kerana sehingga kini dia masih bertindak sebagai pengurus dalam karier seninya termasuk penerbit bersama dalam produksi mereka.

Untuk makluman, Aziz dan Puteri Lily mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak, Puteri Nur Azzahra,12, dan Putera Muhamad Aryan kini berusia lima tahun.

Pernikahan bersama Puteri Lily adalah yang keempat buat Aziz kerana perkahwinan pertamanya adalah dengan wanita Singapura dan memiliki seorang anak perempuan.

Kemudiannya, Aziz mendirikan rumah tangga kali kedua dengan penerbit dan pelakon, Datin Nor Aliah Lee dan memiliki enam cahaya mata.

Kali ketiga pula, Aziz berkahwin dengan Nor Radhiah pada 16 Ogos 2008, namun dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita itu masih dalam tempoh edah ketika majlis pernikahan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: