"Ramai yang tahu perjalanan bariatrik saya sudah berjalan lebih lima tahun. Alhamdulillah saya berjaya mengurangkan berat badan sehingga 50-52 kilogram.
"Pengecilan perut sebagai satu cara untuk menyekat kita daripada terlebih makan... tetapi pada akhirnya anda perlu menukar gaya hidup dan cara pemakanan.
Demikian kongsi penyanyi Datuk Aishah yang mendedahkan, dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 52 kilogram, selepas lebih lima tahun menjalani pembedahan pintasan usus atau bariatrik pada 2018.
Kata Aishah atau nama penuhnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 58, pembedahan bariatrik merupakan salah satu inisiatif yang boleh dilakukan untuk mengelakkan dirinya daripada makan berlebihan.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, penyanyi lagu 'Janji Manismu' ini memberitahu, apa yang paling utama adalah mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat.
Berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Aishah turut memuat naik foto perbezaan dirinya dulu dan sekarang yang dilihat jauh lebih kurus, malah katanya, sehingga kini dia masih mengekalkan pakaian bersaiz S.
Dalam masa sama, Aishah juga menasihatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan daripada aspek penjagaan makanan dan melakukan aktiviti fizikal.
"Kesihatan itu satu rezeki yang sangat berharga, jadi jangan ambil ringan perkara ini. Alhamdulillah dengan pemakanan sederhana (makan semua tetapi sekadar untuk merasa) dan melakukan sedikit senaman... tak kiralah janji berpeluh setiap hari, sekarang maintain saiz S," ujarnya.
Pada Mac lalu, Aishah teruja berkongsi cerita tentang impiannya yang sudah tertunai kerana akhirnya dapat bergaya dengan pelbagai jenis baju terutama baju kebaya.
Tambah Aishah lagi, pada awalnya dia seakan tidak percaya tentang perubahan itu sehingga ke gedung pakaian untuk mencuba saiz lebih kecil.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment