21 August 2023

ALI PUTEH AKUI SUDAH CUBA BAYAR HUTANG TAPI DITOLAK KERANA HIDAYAH MAHU BAYARAN SECARA TUNAI



"Saya sudah cuba bayar hutang (denda mahkamah) tersebut tetapi ditolak kerana dia hanya mahukan bayaran secara tunai. Sedangkan saya cuba berkompromi untuk menyelesaikan semuanya dengan harta benda yang saya ada. Itu saja jalan yang saya ada untuk selesaikan hutang tersebut.
"Itu pun selepas dinilai hitung, harta yang ada masih tidak cukup untuk membayar keseluruhannya dan perlu menambah wang tunai. Janganlah buat macam saya ni tak berusaha atau buat tak tahu..Saya tak faham bagaimana lagi caranya, apa yang dia mahu."

Itulah jelas pelawak Ali Puteh yang tampil menyangkal dakwaan dia tidak berusaha untuk melangsaikan hutang kakak iparnya, Noor Hidayah, kerana dia sudah cuba membayar hutang tersebut namun ditolak.

Baru-baru ini, balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu menggesa Ali membayar saman yang dimenangi olehnya sejak Februari 2022 lagi, meskipun sebelum ini memaklumkan akan membayar tuntutan berkenaan.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, turut berkata, sukar baginya untuk membuat bayaran yang dituntut secara tunai disebabkan dirinya tidak menerima tawaran bekerja.

"Saya hantar surat melalui peguam dan memaklumkan pihak sana untuk menyelesaikan kepada pihak sana untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi dan kos yang dituntut dengan menyerahkan aset dimiliki kepada Hidayah seperti motosikal RXZ, motosikal 125Z dan motosikal Y15.

"Untuk mencukupkan jumlah yang dituntut bakinya dibayar secara tunai. Dan perkara saya pernah tanya pada peguam dia, beliau menyatakan jika tak ada tunai, bayarlah dengan aset. Cukup-cukuplah... jangan putar belitkan fakta, kita sama-sama tahu apa yang terjadi," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: