25 August 2023

BUKTI ADA TEMAN LELAKI - ENOT KONGSI VIDEO MESRA BERSAMA KEKASIH HATI



Semua sedia maklum mengenai pelawak dan pelakon wanita yang dipercayai Enot dimana dia didakwa menjalinkan cinta dengan seorang pengkid dan hangat diperkatakan di media sosial.
Terkini, Enot menerusi TikTok, dilihat ada memuat naik video memaparkan kekasih hatinya yang digelar sebagai 'Mr. Secret' sekaligus menepis dakwaan pelawak itu bercinta dengan kaum sejenis.

Menerusi perkongsian video tersebut, memaparkan Enot menerima anak patung beruang daripada kekasih hatinya serta mengucapkan 'I Love You' antara satu sama lain.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, dalam perkongsian lain pula, Enot turut memuat naik video memaparkan kekasih hatinya itu, namun tidak didedahkan wajahnya.

Melihat pada kapsyen, Enot meluahkan rasa rindu pada kekasihnya itu serta mengatakan akan bertemu dengan Mr. Secret di Kuala Lumpur.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: