"Kawan dengan semua,yang baik.. tak kira agama, pangkat.. betul. Semua kita kawan, yang utama ingat keluarga dan perbaiki diri. Dah, jangan kita kusutkan otak nak fikir kenapa."
Itulah kata Nad Zainal yang menerusi ruangan komen di laman Instagram, dimana dia tampil membalas dakwaan netizen yang mengatakan pelakon itu mengecilkan 'circle' rakannya memandangkan dia kini sudah berhijab.
Jelas Nad, dia masih berkawan dengan semua orang tanpa mengambil kira latar belakang seseorang, selain dia kini mahu mengutamakan keluarga serta memperbaiki diri ke arah lebih baik serta meminta orang ramai tidak runsing memikirkan perkara tersebut.
Klik untuk gambar besar
Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai kenyataan Nad menjawab dakwaan dikatakan bermasam muka dengan rakan selebriti.
Dalam pada itu, komen pelakon Nabila Huda yang ditinggalkan dalam hantaran di Instagram Hlive kelmarin menjadi perhatian ramai apabila mengatakan tidak mengenai pelakon Nad Zainal.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment