"Saya sudah selesai dengan Shamsul, dah elok (hubungan) dan kami gembira dengan kehidupan sendiri. Dan awak entah dari mana bercakap tentang kami? Meroyan dekat close friends kau?
"Dah tarik saman dah cukup baik, kau patut bersyukur tetapi tidak! Masih nak menjaja cerita. Tak tau nak publisiti ke apa.
"Sekarang saya tiada lagi belas kasihan... Jumpa anda di mahkamah terus ," ujar pelakon Puteri Sarah Liyana yang meluahkan rasa berang apabila bekas menantu kepada pelakon Kazar Saisi dikenali sebagai Wiwie Darvienda Mazweena didakwa masih 'menyalak' di Instagram.
Puteri Sarah yang mendakwa wanita itu menjaja kisah dirinya dan bekas suaminya, pengarah Syamsul Yusof, berkata, wanita tersebut sepatutnya bersyukur apabila dia membuat keputusan menarik saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya.
Berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya pada pagi Jumaat, Puteri Sarah turut memberitahu yang dia akan mengambil tindakan undang-undang, malah akan membuat laporan kepada majikan wanita tersebut sebagai pengajaran.
"Saya akan membuat laporan kepada bos di AIA Malaysia. Awak patut malu dengan diri sendiri... attention seeker!" kata ibu kepada dua cahaya mata itu.
Klik untuk gambar besar
Menerusi perkongsian tangkap layar, wanita tersebut mendakwa menerima surat injuksi sebelum ini, sedangkan dia tidak pernah memuat naik apa-apa berkaitan individu dipercayai ditujukan kepada Puteri Sarah.
Tambahnya lagi, dia sekadar bercerita tentang bapanya, pelakon Kazar Saisi dan hanya mengajak netizen untuk membuat kebaikan.
"Aku rasa macam ada sesuatu yang tidak kena sebab sana (Puteri Sarah) bagi surat injunksi dekat aku. Injunksi itu maksudnya tidak boleh bersuara. Tak boleh post apa-apa fasal dia... sedangkan InstaStory aku lebih kepada cakap fasal ayah dan ajak netizen buat baik.
"Mula dah meluat masa ni. Awak sejenis tak boleh orang lain baik ke? Awak sahaja yang boleh buat baik dan orang lain jahat, tak betul," tulisnya.
Terdahulu, rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah telah pun berakhir selepas disahkan bercerai pada 14 Jun lalu.
Hasil perkahwinan yang dibina pada 8 Mac 2014, Puteri Sarah dan Syamsul dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment