Baru-baru ini, nama pelakon Diana Danielle hangat diperkatakan selepas wajahnya menjadi perhatian netizen yang mendakwa ada perubahan ketika hadir ke prosiding kes hadanah dua anaknya, Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun, di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin lalu.
Dakwa netizen, pelakon berusia 32 tahun itu melakukan sesuatu pada bahagian wajahnya terutamanya bahagian hidung sejak bercerai dengan pelakon Farid Kamil pada 10 Ogos lalu.
Ditanya berhubung dakwaan tersebut, Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, menjelaskan, sebagai wanita, dia sendiri ada berasa kurang keyakinan tentang diri dan bentuk fizikalnya.
Klik untuk gambar besar
Diana yang enggan mengulas secara terperinci mengenai perkara itu, sebaliknya hanya memberitahu ada melakukan bagi mengatasi masalah tersebut.
"Saya memang ada ketidakyakinan mengenai bentuk fizikal sendiri dan normal untuk kita bercakap mengenainya. Tidak kisahlah betapa sempurna orang bercakap mengenai anda, kita sendiri pasti akan mempunyai ketidakyakinan tersebut.
"Saya atasi masalah itu namun tidak perlu untuk saya jelaskan secara terperinci. Sekiranya nak tahu, direct message (DM) saya. Kalau orang sedar mengenai perubahan wajah saya, hendak buat macam mana?" jelasnya.
Sementara itu, Diana berkata, dia membaca komen atau cerita sensasi mengenainya termasuk kemelut rumah tangga dengan Farid yang menjadi perhatian umum sejak beberapa bulan lalu.
Dalam pada itu, akui Diana, sebagai manusia biasa, dia turut terkesan, namun mengambil pendekatan untuk kuat berhadapan dengan semua dugaan dihadapannya.
"Saya baca cerita yang keluar. Saya nak tahu apa yang saya katakan supaya boleh perbaiki jika ada salah. Sejak bercerai dengan Farid, tumpuan Diana adalah kepada dua anaknya. Saya juga baca komen. Ada ketika ia menggangu saya.
"Saya juga manusia biasa... ia menyakitkan. Apa yang saya boleh buat hanyalah hadam dan hadapi semua itu," kata Diana yang menerima teguran secara terbuka dan akui tersilap langkah apabila tidak menghormati tempoh edah selepas sah bercerai, selain berkata, dia berjanji akan lebih berhati-hari dan memperbaiki diri.
"Ini kali pertama saya lalui perkara ini. Bukan selalu kita kita berdepan situasi ini (bercerai). Mungkin saya ada tersilap langkah. Saya minta maaf. Saya tidak sedar ia sesuatu yang sensitif. Saya terima teguran dan akan perbaiki," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment