22 August 2023

DAPAT HAK PENJAGAAN PENUH ANAK-ANAK - HIDUNG DIANA DANIELLE JADI PERHATIAN



Pelakon Diana Danielle akhirnya mendapatkan hak penjagaan penuh dua anak iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Isnin memerintahkan hak tersebut diberikan kepadanya.
Peguam syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, anak guamnya itu mendapat hak jagaan penuh dan turut dipersetujui bersama oleh bekas suaminya, pelakon Farid Kamil.

"Semuanya telah diselesaikan secara baik hari ini dan semua perjanjian antara kedua belah pihak telah dijadikan terma-terma mahkamah.

Klik untuk gambar besar
"Hari ini (Isnin) adalah untuk hak jagaan anak-anak. Hak jagaan anak dan lawatan semua diselesaikan secara baik termasuk yang lain-lain isu termasuk kes cerai pada 10 Ogos lalu, selepas ini tiada apa-apa lagi.

"Hak penjagaan dapat kepada ibu. Lain-lain terma adalah sulit manakala terma lain kita dah selesaikan secara global (menyeluruh)," katanya.

Sementara itu, Diana ketika disoal mengenai hak penjagaan anak yang menjadi miliknya, bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana peguamnya yang akan berkongsikan perkara tersebut.
"Saya tiada apa nak cakap mengenai prosiding hari ini (Isnin). Benda yang sama sahaja. Pihak peguam saya yang akan kongsi semuanya," ujarnya yang hadir ke mahkamah pada Isnin.

Sebelum ini, Diana yang juga seorang penyanyi itu memperoleh hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi sama pada 23 Mac lalu.

Sementara itu, penampilan Diana ketika hadir di mahkamah hari ini telah menjadi perhatian apabila netizen mendakwa wajah pelakon itu kelihatan berbeza apabila hidungnya dilihat agak mancung.
Menerusi video yang dikongsikan, Diana yang baru tiba di mahkamah tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai kes perceraiannya memandangkan ianya sudah pun selesai.

Pada 10 Ogos lalu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga iaitu pada 3 November 2012.

Farid melafazkan talak menerusi panggilan video berikutan dirinya tidak dapat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari kerana tidak sihat.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: