09 August 2023

DIDIE ALIAS JELAS TIADA NIAT BUKA AIB TAPI LUAHAN HATI : "KALAU DIA PILIH LELAKI, SAYA TAK KISAH... MALAH, SAYA BOLEH TAJA MAJLIS PERSANDINGAN..."



"Sebagai seorang kawan, saya hanya luahkan apa yang tersimpan dalam hati sebab dia pergi tanpa cakap apa-apa. Kalau tonton temu bual itu, saya tidak bercakap buruk atau menyebut namanya.
"Sudah lama simpan apa yang saya rasa sebab selama ini ramai yang bertanya dengan Enot. Saya pun tak boleh nak berikan jawapan sebab saya tak tahu keadaan dia.

"Saya harap dia dengar semula dan faham apa yang saya maksudkan (dalam temu bual tersebut)," jelas pelakon Didie Alias yang memberitahu, dia tiada niat untuk membuka aib mahupun memburukkan sahabatnya, Enot dalam temu bual bersama Melodi baru-baru ini.

Kata Didie, ia hanya sekadar luahan hati selepas Enot membuat keputusan untuk memulakan kehidupan baru dan tidak lagi menetap di Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Didie memberitahu, dia bersedia untuk mendengar penjelasan Enot tentang luahan hatinya termasuk punca sebenar dia menjauhkan diri daripadanya, selain aib yang disimpan. Didie bagaimanapun enggan berjumpa dengan Enot dalam masa terdekat ini kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya pun tak tahu apa yang dia maksudkan. Tak tahu aib apa yang dia simpan. Mungkin saya juga ada buat salah. Buat masa sekarang saya tidak tahu sama ada mahu berjumpanya atau tidak. Saya rasa seperti seorang yang gagal apabila jadikan dia untuk dijaga. Itu pilihan dia sekarang.

"Saya hanya mampu berdoa dari jauh," tuturnya yang kesal apabila timbul dakwaan Enot kini menjalinkan hubungan songsang dengan seorang wanita, malah sahabatnya itu turut terbuka mempamerkan kemesraannya bersama 'kekasih hati' di media sosial.

"Kalau dia pilih lelaki, saya tak kisah. Malah, saya boleh taja majlis persandingan kalau dia mahu berkahwin.. tapi dia ada pilihan sendiri. Saya cuma katakan kepada individu itu, jagalah Enot dengan baik. Saya dah tak mahu dengar cerita dia minta bantuan kewangan, sedangkan sebelum ini sudah cakap nak mulakan kehidupan baru," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: