09 August 2023

KHAMIS INI - DIANA DANIELLE HARAP KEMELUT RUMAH TANGGA BERAKHIR SECARA BAIK



"Saya nak pengakhiran yang aman dan baik untuk kami kekal hubungan baik demi anak-anak, demi silaturahim kami. Saya doa kami capai kata sepakat. Ending yang baik, doakan. Saya akan lega kalau betul-betul berakhir, sekarang ni saya masih dalam keadaan menunggu keputusan dan Insya-Allah saya bersangka baik."
Demikian ujar pelakon Diana Danielle yang berharap kemelut rumah tangganya bersama pelakon Farid Kamil akan berakhir secara baik pada Khamis ini, selain berkata, dia tetap akan mengekalkan hubungan baik dengan suami demi anak-anak andai ditakdirkan mereka berpisah.

Semalam Diana telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi mendengar keputusan kes Hadanah Interim (hak penjagaan) kedua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.

Pada Khamis ini, merupakan sebutan semula proses hakam pasangan selebriti ini yang akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: