09 August 2023

PERNIAGAAN DAPAT SAMBUTAN - ALI PUTIH LUAH RASA SYUKUR, AKUI SEUMUR HIDUP TAK PERNAH LUPA DIRI



Menerusi perkongsian di TikTok baru-baru ini, pelawak Ali Puteh telah meluahkan rasa syukur dan tidak pernah terlintas apabila perniagaan Sambal Petai Terangkat yang diusahakan olehnya bersama isteri mendapat sambutan daripada netizen.
Mengucapkan terima kasih buat mereka yang menyokong perniagaannya itu, Ali berkata, setiap ujian yang berlaku di dalam hidupnya sebelum ini ada hikmah disebaliknya.

"Alhamdulillah, tak pernah terlintas di fikiran. Setiap ujian Allah pasti ada hikmahnya. Terima kasih semua sokong perniagaan saya dan isteri. Moga Allah murahkan rezeki kalian semua," tulisnya.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen tumpang gembira melihat kejayaan Ali sekarang, selain turut berpesan supaya pelawak itu tidak lupa diri apabila berjaya kelak.

Komen netizen itu dibalas Ali dengan mengatakan seumur hidupnya dia tidak pernah lupa diri dan akan sentiasa mendiri dirinya sendiri.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: