10 August 2023

"DIA BUANG ANAK ISTERI BEGITU SAHAJA" - IBU SHILA AMZAH DEDAH DIGANTUNG TAK BERTALI, AKUI DAH PENAT BERJUANG SEORANG DIRI



"Saya dah digantung tak bertali. Ia berlaku sejak 2022 dan ketika dia balik tiga bulan hari itu pun, kehidupan saya huru hara. Dia memang fokus pada wanita itu dan bahasa kasarnya memang dia buang anak isterinya begitu sahaja. Dia memang buang kami.
"Sebab dia kahwin lain, jadi seorang rakannya kata dia takkan ceraikan saya. Tapi kalau saya minta cerai, dia akan ceraikan... mungkin. Tapi dia pernah kata dengan rakan itu, walau apapun dia takkan ceraikan saya."

Demikian kata ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman yang mendedahkan bekas suaminya, penyanyi dan pelakon era 1980-an iaitu Datuk ND Lala seolah membuang mereka sekeluarga, malah katanya, dirinya seperti digantung tidak bertali sejak beberapa tahun lalu.

Klik untuk gambar besar
Tambah Fauziah lagi, dia sudah cuba ikhtiar untuk pertahankan rumah tangganya, namun mengakui sudah penat berjuang sendirian. Ini kerana jelasnya, selama 10 tahun kebelakangan ini, dia melihat ND Lala seakan tidak menghargai dirinya.

"Saya dah cuba dan ikhtiar, saya dah berjuang macam-macam. Dah penat berjuang seorang diri. Sekarang sampai masanya untuk lepaskan dia. Bukan tanda mengalah tapi saya dah tak kuasa. Siapa nak ambil-ambillah," ujarnya.
Dalam pada itu, Fauziah turut mendedahkan ND Lala hanya pulang ke rumah selama tiga bulan saja pada 23 Januari lalu dan membuat pengakuan sudah berkahwin dengan Siti Munirah pada Disember tahun lalu.

"Kami bergaduh besar 1 April lalu dan abang ND entah macam mana buat pengakuan memang dah kahwin dengan Siti Munirah pada Disember lalu. Dia tipu saya kata bulan Disember. Mungkin dia daftarkan bulan 12 tapi menurut sumber, dia dah kahwin lama iaitu dah lapan tahun.

"Katanya bapa perempuan ini menikahkan mereka. Tapi saya semak di pejabat Wilayah dan Selangor tiada pun pendaftaran perkahwinan dibuat," tutur Fauziah yang sebelum ini mendedahkan wajah seorang wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani, pada April lalu, dengan kapsyen ditulis 'penyondol' serta mengesahkan wanita itu adalah isteri kedua suaminya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: