10 August 2023

CHEF WAN BERSYUKUR SEL KANSER BELUM SERANG BAHAGIAN OTAK



Selepas menjalani rawatan kemo semalam, cef selebriti terkenal iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali Chef Wan, 65, meluahkan rasa syukur apabila mendapat perkhabaran baik dimana sel kanser limfoma dihidapinya tidak menyerang bahagian otak.
Menurut Chef Wan, dia ada berdepan kesakitan sewaktu rawatan, namun tidak lama. Dalam pada itu, Chef Wan juga berkata, dia sangat waspada mengambil ubat-ubatan dalam proses kemo dijalani agar tidak memberi kesan kepada organ dalaman.

"Saya menjalani rawatan kemo pada tulang belakang sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sel kanser limfoma saya cuba menyerang otak. Proses itu sangat cepat, cuma 15 minit.

Klik untuk gambar besar
"Selepas prosedur itu, saya terus tertidur selama empat jam. Pada jam pertama, saya boleh rasa kesakitan dan kurang selesa. Saya rasa sedikit pening-pening juga.

"Doktor kemudian memaklumkan keputusan ujian baik dan sel kanser belum sampai ke otak lagi. Saya sangat bersyukur mendapat berita itu.
"Sepanjang hari saya mengambil segala jenis pil untuk melindungi kemo itu daripada memberi kesan sampingan dan menjaga organ dalaman saya," katanya.

Pada minggu lalu, Chef Wan berkongsi khabar sedih, memaklumkan dirinya disahkan menghidap kanser limfoma selepas dua kali melakukan ujian electrocardiogram (ECG).

Doktor turut memaklumkan padanya bahawa dia mempunyai peluang untuk sembuh antara 70 hingga 80 peratus.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: