"Kalau tiada jodoh, tidak boleh paksa. Sejujurnya saya bukan individu yang suka-suka nak putuskan hubungan, semuanya bersebab namun saya tidak sesekali nak buka aib mana-mana pihak walaupun tak jadi kahwin.
"Buat masa sekarang, lebih baik saya ‘move on’ dan fokus pada kerjaya sahaja," ujar pelakon Fify Azmi yang kini sudah putus dengan pelakon Nafiez Zaidi selepas dua tahun menjalin hubungan cinta.
Kata Fify, dia enggan menyalahkan mana-mana pihak termasuk dirinya susulan perpisahannya tersebut, sebaliknya menganggap tiada jodoh antara mereka.
Berhubung kenyataan Nafiez yang mengatakan dirinya yang menangguh perkahwinan mereka sebelum putus, Fify bagaimanapun enggan mengulas lanjut serta mengatakan dia tidak suka mencanang hal peribadi kepada umum.
"Saya serius mengenai perkahwinan dan tak mahu mendirikan rumah tangga semata-mata untuk bertukar status sedangkan tanggungjawab yang menanti sangat besar. Selain itu, tiada istilah saya tidak puas 'enjoy' hidup solo atau berkait dengan imej seksi dan sebagainya.
"Biarlah orang nak cakap apa pun, yang tahu mengenai kebenarannya adalah saya dan dia sahaja. Tambah pula saya bukan jenis suka canang kisah peribadi pada orang ramai," kata Fify yang turut mendoakan agar bekas kekasihnya itu bertemu kebahagiaan, selain menjelaskan, dia masih menjalin hubungan baik dengan Nafiez.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Nafiez yang mengakui hubungan cinta bersama Fify sudah berakhir itu memberitahu, mereka sudah pun menetapkan tarikh perkahwinan pada Disember tahun lalu namun Fify yang berkeras untuk putus, meskipun dia cuba pertahankan hubungan mereka.
"Kami sudah tetapkan tarikh kahwin pada bulan Disember tahun lalu, tetapi Fify minta tangguhkan ketika saya menjalani penggambaran Malbatt: Misi Bakara di Turkiye.
"Namun, sekarang ini sejujurnya kami hanya berkawan kerana saya dan Fify tiada apa-apa hubungan lagi sejak hari Aidilfitri keenam yang lalu. Saya pun sudah cuba pertahankan hubungan kami. Namun, dia yang berkeras untuk bawa haluan masing-masing," tuturnya.
Tambah Nafiez, pada awalnya dia bersetuju untuk menangguhkan majlis mereka, tetapi tiada jawapan untuk menetapkan tarikh baru pernikahan. Malah katanya lagi, hubungan mereka renggang ditambah pula sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga akhirnya membuat keputusan untuk berpisah.
"Pada awalnya saya tidak mahu menundakan perkara baik yang sudah dipersetujui bersama-sama, tetapi saya ikutkan sahaja kehendaknya. Masing-masing pun kemudian sibuk dengan jadual kerja sehingga kami semakin renggang dan mungkin itu antara punca kami tiada apa-apa," ujarnya.
Dalam pada itu, Nafiez berkata, perpisahan mereka bukan kerana orang ketiga, namun dia akan tetap menjalin persahabatan dengan Fify serta tidak menyimpan dendam.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment