"Bahawa saya Farid Kamil Zahari menceraikan Diana Danielle Danny Beeson dengan talak satu," demikian kata pelakon Farid Kamil, 42, dalam nada tenang ketika melafazkan cerai ke atas isterinya, pelakon Diana Danielle, 32, menerusi panggilan video berikutan tidak dapat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari kerana tidak sihat.
Setelah sekian lama kemelut melanda, Diana dan Farid akhirnya bertemu titik noktah apabila sah bercerai hari ini selepas Hakim Syarie Syukran mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Diana menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian, selain sijil nikah dibatalkan.
Sebelum prosiding berlangsung, Hakim Syarie Shukran terlebih dahulu mohon kebenaran Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, untuk lafaz cerai dijalankan secara dalam talian seperti yang dimohon Farid menerusi peguamnya iaitu Fakhrol Azman Abu Hassan.
Kata peguam syarie yang mewakili Farid, pihaknya membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengadakan prosiding secara dalam talian selepas anak guamnya bersetuju untuk melafazkan talak kerana tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dimana pelakon itu mengalami kesan sampingan setelah dijangkiti C0V1D baru-baru ini.
Klik untuk gambar besar
"Hal ini (ketiadaan Farid) agak last minute. Dia masih tidak berapa sihat. Ada kesan sampingan C0V1D. Kami sudah berbincang banyak kali dan penyelesaian ini adalah yang terbaik," katanya.
Sementara itu, Diana akui tempoh 11 tahun bergelar isteri Farid atau Farid Kamil Zahari, banyak pengajaran yang diperolehi. Kata ibu kepada dua cahaya mata itu, fasa tersebut banyak mengajarnya erti kematangan sebuah kehidupan, sebagai isteri dan ibu.
Tambahnya lagi, biarpun sudah membawa haluan masing-masing, dia akan mengenang perkahwinan itu dari sudut positif, selain mendoakan terbaik buat dirinya dan bekas suami.
"Saya bersyukur banyak belajar benda yang baik-baik. Belajar untuk menjadi matang, jadi ibu dan juga isteri. Banyak sangat pengajaran yang tidak semestinya pengakhiran ini saya ambil yang negatif sahaja. Saya ambil yang positif juga. Saya doakan kami dapat memulakan hidup dengan lebih baik selepas ini," ujarnya yang berasa tenang dan mahu memulakan hidup baharu.
"Kami boleh jadi insan yang lebih baik selepas ini. Saya tak nak cakap lagi perasaan selepas bercerai. Keadaan itu sebab saya rasa ia terlalu peribadi. Cuma ia berat, bukan perkara yang senang kami buat. Dan Alhamdulillah dah berakhir di sini. Saya mendoakan yang terbaik untuk dia, untuk saya dan anak-anak.
"Tiada air mata yang mengalir. Saya dah bersedia dari segi mental untuk perkara ini. Perasaan itu hanya diluah di belakang pintu. Yang penting kita cuba yang terbaik untuk anak-anak. Berkenaan hak penjagaan anak-anak, peguam saya akan uruskan. Saya takkan pisahkan anak dengan bekas suami.
"Jika ditanya untuk kami digandingkan dalam drama atau filem, sejujurnya saya tak tahu, seandainya pun tak tahu. Saya tak pasti lagi. Nak kata saya okey atau tak pun tak pasti lagi. Kita tengok juga la. Mungkin dengan masa kita lebih matang dan selesa. Tapi kalau tanya saya sekarang saya memang tak tahu," tutur Diana yang berkata, perjalanan selepas ini dilalui seperti biasa terutama membabitkan tanggungjawab dan amanah terhadap anak-anak.
Dalam pada itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana dan peguam syarie yang mewakili Farid berkata, persoalan penjagaan hak anak-anak akan direkod di Mahkamah Tinggi pada 21 Ogos ini.
"Itu dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Kami akan buat apa yang patut di sana nanti seperti yang dipersetujui. Buat masa ini kami takkan dedahkan apa-apa lagi. Semua sekali akan diselesaikan secara global. Kes nusyuz kedua-dua pihak dah tarik balik. Tiada apa lagi," jelas Akberdin.
Terdahulu, Diana memfailkan tuntutan cerai pada Mac lalu bagaimanapun Farid enggan melafazkan talak terhadap isterinya itu.
Untuk makluman, Farid dan Diana mendirian rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad serta Nur Aurora.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment