10 August 2023

23 SEPTEMBER DEPAN - NOH SALLEH NIKAHI FATIN ATHIRA



Vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh, bakal mengakhiri zaman duda dengan pilihan hatinya, Fatin Athira Mustapa pada 23 September depan, selepas empat bulan menjalinkan pertunangan.
Noh, 38, dan pasangannya itu bakal disatukan di majlis pernikahan yang akan berlangsung pada sebelah pagi, manakala majlis resepsi pula pada sebelah malam hari yang sama yang bertempat di sebuah dewan acara yang terletak di Puchong.

Kad undangan digital penyanyi asal Sarawak itu dengan wanita berusia 30 tahun berkenaan sudah mula diedarkan kepada saudara mara dan kenalan terdekat.

Difahamkan, Fatin merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor yang kini berkhidmat sebagai peguam.

Klik untuk gambar besar
Bukan itu sahaja, Fatin juga turut meminati muzik, sama dengan Noh, selain berkebolehan bermain gitar dan menyanyi.

Terdahulu, majlis pertunangan pasangan itu berlangsung di kediaman Fatin pada 7 Mei lalu bertempat di Putra Heights, Subang Jaya. Pada majlis pertunangan tersebut, Fatin memilih persalinan rona hitam, manakala Noh turut mengenakan baju Melayu warna senada.

Untuk makluman, Noh pernah mendirikan rumahtangga dengan Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011, namun bercerai awal Ogos tahun lalu.

Sepanjang perkahwinan itu, Noh dan Mizz Nina bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata, namun memiliki seorang anak angkat bernama Musa.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: