10 August 2023

MD JOHAN DIHANI TARIK BALIK PERMOHONAN MAAF, LANTIK PEGUAMCARA - SHUIB TERUSKAN TINDAKAN SAMAN



"Md Johan Dihani pada 10 Julai lalu, melalui peguamcara menafikan semua tindakan atau fitnah yang dilemparkan kepada saya. Dia juga sudah membuat permohonan maaf pada 4 Julai tapi kemudian memadamkannya.
"Kerana itu saman ini diteruskan," itulah kata pelawak dan penyampai radio, Shuib, 39, pada sidang media saman netizen hari ini, dimana dia akan meneruskan tindakan undang-undang kepada individu dikenali Md Johan Dihani Mohd Zaidi, 37, yang menyebarkan fitnah terhadapnya sebagai seorang Freemason di media sosial.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad berkata, pihaknya meneruskan saman terhadap Md Johan Dihani selepas individu terbabit menarik semula permohonan maaf dan melantik peguamcara untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Jelasnya lagi, saman terhadap Md Johan Dihani diteruskan selepas pihaknya mendapati permohonan maaf yang dibuat menerusi Instagram Story pada 4 Julai 2023 dipadam.

Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, kata Shuib, dia meneruskan saman pada pengguna media sosial yang memfitnahnya itu bukan kerana kepentingan peribadi tetapi untuk memberi pengajaran kepada semua pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya serahkan pada mahkamah untuk buat penilaian (keputusan). Tapi saya teruskan saman bukan untuk saya sebagai individu tapi untuk orang lain juga sebab saya rasa penggunaan media sosial terlalu melampau dan disalah gunakan hingga ada orang tak bersalah jadi mangsa," jelasnya.

Dalam pada itu, Shuib memberitahu, dia sudah bersedia untuk 'turun naik' mahkamah demi mendapat keadilan membabitkan fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya dan arwah isteri, Siti Sarah Raisuddin.
"Jika ada yang kata leceh untuk naik turun mahkamah tapi saya sudah bersedia untuk itu. Saya tahu tapi untuk dia (Md Johan), saya okay. Saya akan adakan masa untuk dia," tuturnya.

Sementara itu, menurut peguam yang mewakili Shuib iaitu Syed Afiq Syed AlBakri dari Tetuan Zharif Nizamuddin, pihaknya sudah menghantar saman kepada peguamcara Md Johan Dihani Mohd Zaidi atau pengguna akaun Facebook @Johndihani menerusi Tetuan Zharif Nizamuddin, semalam.

"Kami akan membuat serahan melalui peguam defendan selepas membuat writ saman (semalam). Setakat ini, itu sahaja perkembangan kes ini," katanya.

Terdahulu, Shuib mengambil tindakan terhadap dua pengguna media sosial selepas menuduh dia sebagai anggota sebuah organisasi Freemason serta didakwa sengaja membiarkan arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin ditidurkan sekaligus meninggal dunia kerana jangkitan C0V1D dua tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: