06 August 2023

DIKURNIAKAN GELARAN 'DATUK' - NORA DANISH UCAP TAHNIAH KEPADA JEJAI



Sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-64, yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, di sini, 4 Ogos lalu, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai, telah dikurniakan darjah kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran 'Datuk'.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat berkenaan.

Berita itu dikongsi bekas ibunya, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah menerusi hantaran di laman Instagram (IG) miliknya.

Menerusi ruangan komen di IG Puan Sri Raja Noora itu, bekas isteri Jejai iaitu pelakon Nora Danish, 41, menitipkan ucapan tahniah buat bekas suaminya itu.

Klik untuk gambar besar
"Tahniah Toh Muda Datuk Rizal," tulis Nora yang pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006, sebelum bercerai pada 10 Julai 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 14 tahun.

Komen tahniah Nora itu mendapat maklum balas Jejai yang turut membalas ucapan terima kasih kepada bekas isterinya itu di ruangan kapsyen IG ibunya.

Turut mengucapkan tahniah buat Jejai adalah ibu Nora yang juga bekas ibu mentuanya : "Syukur Alhamdulillah, tahniah Jejai."
Untuk makluman, selepas bercerai dengan Jejai, Nora kemudian berkahwin buat kali kedua dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, lima tahun.

Selain Nora Danish, Jejai juga pernah berkahwin dengan pelakon Fasha Sandha pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 10, dan Putri Raysha Jemima, 9. Bagaimanapun, Jejai dan Fasha bercerai pada 20 Januari 2016.

Pada 30 Mac 2019, Fasha berkahwin buat kali kedua dengan pelakon Aidil Aziz dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aisha Amaira, tiga tahun.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: