"Pada mulanya masa dia (anak sulung) minta pakai tudung, saya dan isteri terkejut sebab dia baru darjah lima. Saya tak pernah meminta dia memakai tudung… asalkan pakai apa yang dia selesa.
"Tapi Alhamdulillah saya gembira. Saya sebenarnya tiada niat berkongsi mengenai hal ini kerana saya sangat takut nanti bila Allah uji dia sekiranya ingin membuka semula tudung.
"Jadi saya biar sahaja… saya hanya memberi sokongan dan membelikan setiap warna tudung yang dia mahu," kata pelawak dan pengacara Nabil Ahmad yang tidak menyangka anak sulungnya, Naira Mikayla yang kini berusia 11 tahun itu menyatakan keinginan untuk tampil bertudung.
Klik untuk gambar besar
Akui Nabil, dia bimbang untuk berkongsikan perkara itu kerana bimbang jika anaknya diuji kembali tidak bertudung satu hari nanti namun tetap memberikan sokongan buat Mikayla.
Dalam pada itu, Nabil berkata, dia sentiasa berdoa agar anak perempuannya itu kekal istiqamah dalam menutup aurat.
Tambah Nabil, dia berharap agar anak-anaknya tidak mengikut jejak langkahnya yang agak lambat dalam mendalami agama.
"Saya tidak mahu anak-anak ikut seperti bapa (merujuk kepada dirinya) mereka. Saya dulu tak baik, bapa mereka nakal. Belajar agama pun lambat. Dapat hidayah pun lambat.
"Jadi kalau boleh saya tidak mahu anak-anak saya melalui fasa buruk itu. Biar mereka melalui laluan yang betul. Apa yang boleh saya buat adalah berterusan mendoakan mereka untuk kekal istiqamah," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment