06 August 2023

"SAYA MOHON MAAF KEPADA SEMUA PEMINAT..." - HAN BYUL AKUR KEPUTUSAN PUSPAL



Penyanyi kelahiran Korea Selatan iaitu Han Byul, 32, tampil memohon maaf kepada semua peminatnya kerana mengecewakan mereka apabila dirinya tidak dapat beraksi di pentas Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia yang berlangsung selama dua malam, bermula semalam hingga hari ini di Istana Budaya (IB) Kuala Lumpur.
Kata Han atau nama penuhnya Jang Han Byul, dia berasa terkejut bila diberitahu penganjur bahawa dia tidak dapat membuat persembahan kerana ia salah satu konsert terbesarnya pada tahun ini.

"Saya mohon maaf kepada semua peminat yang sudah membeli tiket kerana mengecewakan mereka. Saya mengambil masa agak lama untuk menerima berita terbabit. Saya sedar ramai peminat yang mahu melihat saya beraksi dan saya berasa bersalah kerana mengecewakan mereka.

Klik untuk gambar besar
"Pada masa sama, ada sebahagian dari peminat yang datang jauh dari luar Kuala Lumpur, malah ada dari luar negara. Justeru, saya berharap dapat menebus kekecewaan mereka nanti," tuturnya.

Ditanya mengenai persiapan pula, Han yang merupakan bekas juara Big Stage musim kedua itu menjelaskan, dia dan pasukan sudah buat persiapan terbaik untuk konsert berkenaan.

"Pihak penganjur, kumpulan muzik, orkestra dan komposer juga bekerja keras untuk memberikan yang terbaik pada lagu-lagu yang akan saya persembahkan. Kami juga mengadakan beberapa mesyuarat, rakaman selama beberapa hari serta sesi latihan dengan kumpulan sejak tiga bulan lalu.
"Namun, saya percaya, ada beberapa perkara dalam hidup yang berlaku dan tidak dijangka seperti ini," katanya yang turut mengulas mengenai pihak penganjur dan pengurusannya, dimana mereka sudah melakukan yang terbaik lebih kurang sebulan untuk mendapatkan kelulusan persembahan itu dari Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

"Sejujurnya, saya berpendapat ia bukan salah sesiapa kerana ada beberapa kesulitan yang dihadapi ketika proses terbabit yang mengambil masa yang lebih lama daripada yang pihak kami jangkakan. Saya percaya Puspal hanya mengikuti polisi dan prosedur rasmi mereka. Pihak pengurusan, penganjur dan saya sendiri banyak belajar proses itu dari pihak Puspal," ujarnya.

Terdahulu, penganjur Nazrul Asraf Mahzan memaklumkan, Han Byul tidak dapat menjayakan Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia di IB kerana ia berpunca daripada masalah dengan Puspal. Bagaimanapun, konsert dua malam itu tetap diteruskan dengan persembahan artis terkenal tanah air antaranya Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie dan Datin Alyah.

         ________________________

g JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: