"Sejak kebelakangan ini, ramai yang bertanya status hubungan saya dan Aziz. Demi mengelakkan fitnah pada masa hadapan, saya dengan rasa rendah diri ingin menyampaikan berita saya dan Aziz sudah berpisah."
Demikian kata isteri kepada Aziz M Osman iaitu Puteri Lily Lokman yang mengesahkan rumah tangga yang dibina bersama pengarah itu 13 tahun lalu telah terlerai pada bulan lalu, apabila mereka sah bercerai.
Perkara itu didedahkan oleh Puteri Lily menerusi perkongsian di Insta Story, bagi mengelakkan timbul fitnah, selain memaklumkan dia dan pengarah itu berpisah secara baik dan bukan kerana orang ketiga serta memohon agar orang ramai mendoakan agar urusan mereka dipermudakan.
Klik untuk gambar besar
"Secara rasminya, saya dan Aziz berpisah dengan cara baik awal bulan lalu dan tiada kaitan orang ketiga. Ditakdirkan jodoh kami sampai di sini, tetapi kami masih mempunyai hubungan baik demi anak-anak. Doakan anak-anak saya kuat emosi dan mental. Doakan urusan kami dipermudahkan. I'm trying my best," jelasnya.
Untuk makluman, Aziz dan Puteri Lily mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Nur Azzahra, 11 tahun dan Putera Muhamad Aryan 5 tahun.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment