07 August 2023

"BAHAGIA DEKAT DUNIA JE..." - DIDIE ALIAS LUAH RASA KESAL, SEDIH ISU RAKAN PELAWAK & PELAKON KAHWIN DENGAN 'PENGK1D"



"Dia yang mengaibkan diri sendiri, orang dah dilamun cinta macam-macam dia lakukan dan tanpa sedar cara kehidupan tu salah. Keluar headline kata 'berkahwin', itu dah lain dah. Bahagia dekat dunia je, esok lusa aku tak tahu kau sempat jumpa aku ke sama ada hidup atau mati.
"Kau cakap dengan aku kan, kita bersahabat sehingga ke liang lahad. Mana engkau? Aku dah bagi nasihat sepenuhnya... Kau kena ingat, kau ada anak remaja. Aku dah pesan dengan kau, anak kau tu bijak. Aku kesian sangat dengan anak kau tu.

"Mungkin aku tak cari kau, tapi aku doakan kau dari jauh semoga Allah tu bukakan hati kau kembali kepada 'nama sebenar' kau," ujar pelakon Didie ketika ditemubual oleh penerbit Melodi iaitu Michelle Wee, dimana dia meluahkan kesal dan sebak, selain turut mendoakan agar rakannya yang seorang pelawak dan pelakon itu kembali ke jalan yang benar.

Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai isu dimana seorang pelawak dan pelakon wanita berstatus ibu tunggal didakwa 'bersuamikan' seorang pengk1d. Malah, dia itu juga kini lebih memilih untuk berjauhan serta melarikan diri daripada rakan-rakan selebriti kerana mahu mengikuti 'suaminya' itu.

Rakannya yang dahulu rapat, namun 'beralih arah' apabila memilih jalan tersebut, Didie berkata, dia tidak akan mencari rakannya itu serta sama sekali tidak mahu mengaibkannya dengan mengungkit hal-hal yang berlaku sebelum ini.
Dalam masa sama, Didie juga memberi amaran kepada individu yang 'berhubungan' dengan rakannya itu untuk tidak mempermainkan dan menjebakkan rakannya ke jalan yang salah.

Tambah Didie lagi, dia tidak mahu orang ramai mengutuk dan menyalahkan rakannya itu hasil daripada punca 'individu' terbabit, malah dia juga kasihan dengan anak rakannya yang terjejas ekoran sikap si ibu yang leka dengan hubungan tersebut.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: