07 August 2023

"SENDIRI BUAT, SAYA SENDIRI LAH TANGGUNG, BUKAN AYAH..." - MASYA MASYITAH MAHU HIDUP BEBAS, BEREHAT DARI DUNIA HIBURAN



"Itu (tanggalkan tudung) adalah pilihan saya sendiri. Kalau nak marah ke apa, marah pada saya. Tak payah nak cakap mak saya pun ikut sama galak (mengada) dan jangan salahkan mak ayah saya. Siapa kata ayah saya akan tanggung? Sendiri buat, saya sendiri lah tanggung.
Itulah tutur penyanyi Masya Masyitah yang akhirnya tampil membuka mulut selepas dia menerima kecaman demi kecaman berhubung isu dirinnya membuka tudung, dimana ianya adalah pilihannya sendiri.

Meskipun dikecam teruk susulan tindakannya memuat naik gambarnya tidak lagi berhijab di laman Instagram, namun Masya dilihat tetap tenang.

Klik untuk gambar besar
Masya menerusi sesi siaran langsung itu turut meminta orang ramai tidak menyalahkan kedua ibu bapanya mengenai tindakannya itu.

Dalam pada itu, Masya memaklumkan, dia mahu meninggalkan dunia hiburan untuk berehat seketika, meskipun banyak tawaran diterima namun dia menolak.

"Saya nak hidup bebas, saya dah tak mahu jadi artis, tak mahu dunia glamour. Orang kata saya sendu, ya memang saya nak jadi sendu. Sekarang saya nak jadi orang biasa sahaja. Berlambak job yang saya dapat, tapi saya tolak, saya tak mahu ambil. Saya nak berehat," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: