Semua sedia maklum mengenai kemelut rumah tangga adik kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat, dimana ia hangat diperkatakan sejak Mei lalu.
Bagaimanapun, dedah Ayda, selepas kemelut tersebut, dia sudah tiga bulan adiknya itu tidak dapat dihubungi apabila panggilannya tidak dijawab serta mesej tidak membalas. Ujar Ayda, Fyna mungkin kini dalam fasa bertenang.
"Fyna kini mungkin masih dalam tempoh bertenang. Saya pun sudah tiga bulan "lost contact' dengannya. Dia menghilangkan diri. Tak jawab telefon dan tak jawab mesej juga.
"Sebenarnya kira-kira dua bulan lalu, dia memang ada menelefon saya, tapi ketika itu saya tidak sempat menjawab panggilannya sebab sibuk dengan penggambaran drama. Saya ada minta dia hubungi semula pada waktu malam, namun dia terus senyap sampai sekarang.
"Saya pun kalau boleh tak mahulah masuk campur dalam kisah hubungan peribadi dia. Bagi saya, jika dari segi karier seni kalau nak suruh buat lagu ke atau berlakon, dia boleh datang kepada saya untuk bantuan," jelasnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Ayda turut mengesahkan mengenai status Fyna yang memang sudah bercerai dengan suaminya iaitu bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan.
"Fyna sebenarnya masih tidak biasa dengan media dan netizen. Jadi, saya rasa dia mungkin sedang cuba lari atau cuba faham situasi, tapi saya tak pastilah.
"Cuma, apa yang saya tahu Fyna kalau tahap tekanan dihadapinya kritikal, dia mesti akan cari saya. Namun, kalau dia berdiam diri dan menyepi itu, bermakna dia dalam keadaan okay saja," katanya.
Pada Mei lalu, rumah tangga Fyna dan Zainal yang dibina awal tahun ini dikatakan telah musnah. Perkara itu disahkan sendiri saudara terdekat Zainal yang mendedahkan pasangan itu sudah bercerai.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment