08 August 2023

BEKAS MADU MIERA LEYANA : "SAYA TIDAK TAHU APA KESALAHAN DIRI HINGGA MEMBAWA PERCERAIAN"



"Saya sudah reda dengan keputusan perceraian ini kerana sudah berusaha untuk cuba mempertahankan rumah tangga dibina selama 28 tahun. Tapi, kesudahannya begini dan Allah Maha Tahu.
"Saya percaya Allah juga mahu memberikan yang terbaik untuk saya dengan semua yang berlaku ini walaupun saya tidak tahu apa kesalahan diri yang sebenarnya hingga membawa perceraian."

Itulah kata bekas madu pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abd Mutalib yang reda dengan perceraiannya dengan suami, Rosland Othman, namun dia masih tertanya-tanya kesilapan apa sudah dilakukan sehingga dia diceraikan.

Sehingga kini, kisah perceraian isteri pertama Rosland itu masih lagi menjadi bualan di media sosial, meskipun sudah beberapa hari berlalu.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, banyak berita mengenai perceraian tersebut dilaporkan, termasuk video Adibah yang ketika ditemu bual sebaik saja selesai perceraian.

Perlu kuat semangat untuk terus bangkit, Adibah meluahkan rasa syukur apabila dia mendapat sokongan daripada anak-anak serta keluarga.

Terdahulu, Rosland melafazkan cerai talak satu kepada Adibah tepat jdi hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Kata Rosland, dia membuat keputusan untuk lafaz cerai itu selepas tiada lagi persefahaman dan tiada perasan sayang terhadap Adibah.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: