08 August 2023

"AKU MASIH TAHU HUKUM AGAMA... TOK KADI MANA PULAK NIKAHKAN AKU... 1 AIB AKU KAU BUKA, 10 AIB KAU AKAN TERBUKA" - ENOT



"LILAHITAALA atas nama mak aku, aku tak pernah mengeluarkan statement berkahwin? Dan tok kadi mana pulak yang boleh nikahkan aku tu?
"Aku masih tahu hukum agama! Jangan nak hukum aku macam aku orang kapir pulak ye tak tau apa-apa! Yang memaki hamun aku dalam DM dan mempermainkan nama arwah mak aku ingat aku tak maafkan kau sampai bila-bila!

"Dosa aku dengan Allah aku boleh mintak ampun tapi dosa korang dengan aku?" demikian tulis pelakon dan pelawak Enot menerusi perkongsian di TikTok miliknya, dimana dia tampil bersuara dengan mempersoalkan semula dakwaan dirinya bersuamikan seorang pengkid.

Jelas Enot, dia masih tahu hukum agama, selain turut bersumpah atas nama ibunya, bahawa dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkahwin serta tidak akan memaafkan individu yang mempermainkan nama arwah ibunya.

Sementara itu menerusi perkongsian lain di TikTok, Enot juga menyatakan akan membuat keputusan untuk berdiam diri disebabkan tidak mahu bergaduh dan bermusuhan.

Klik untuk gambar besar
Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, juga meminta individu yang dimaksudkan untuk 'menggali' lebih dalam lagi kesalahan yang pernah dibuat sehingga dirinya jauh hati.

"Bercakaplah selagi kau mampu bercakap. Dan aku berdiam selagi aku mampu berdiam. 1 aib aku kau buka, Insya-Allah 10 aib kau akan terbuka. Aku malas nak cakap benda yang aku dah simpan, dah kunci elok-elok sebab aku tak suka nak bergaduh dan bermusuh, sebab tu aku pilih diam!

"Tapi ayat-ayat ko menampakkan ko sorang je yang betul. Salah tu gali lagi-lagi dalam apa yang ko buat kat aku sampai aku jatuh hati macam ni. Tak apa bagi aku Allah tau segala-galanya. Dia maha mengetahui dalam hati aku macam mana! Allah ada," katanya.

Terdahulu, tular mengenai seorang pelawak dan pelakon itu didakwa telah bersuamikan seorang pengkid.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: