08 August 2023

RALAT TAK DAPAT PERGI HARI SUKAN ANAK-ANAK DEK JALANI PEMBEDAHAN LASIK - PUTERI SARAH BERTERIMA KASIH KEPADA SYAMSUL HADIR BERI SOKONGAN



"Sedih sangat Sarah tak boleh pergi hari sukan semalam sebab tengah rehat baru hari ketiga lasik mata. Doktor tak bagi keluar rumah. Terima kasih Syamsul, mama dan pengasuh dan pembantu rumah semua pergi sokong Syaikhul dan Sumayyah."
Itulah kata pelakon Puteri Sarah Liyana menerusi InstaStory miliknya, dimana dia meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat menghadiri hari sukan sekolah anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah disebabkan baru sahaja selesai menjalani rawatan lasik.

Gelagat bekas suami Puteri Sarah iaitu pengarah Syamsul Yusof menemani anak-anaknya itu di hari sukan sekolah mereka pada Ahad lalu meraih perhatian ramai.

Klik untuk gambar besar
Susulan itu, Puteri Sarah berterima kasih kepada bekas suaminya itu serta ahli keluarga lain yang sama-sama turun pandang untuk memberi sokongan kepada anak-anaknya.

Menerusi perkongsian di InstaStory itu juga, Sarah turut memuat naik gambar yang memaparkan anak lelakinya mengetuai bacaan doa. Dalam pada itu, Sarah meluahkan rasa syukur apabila Syaikhul dipilih untuk mengetuai bacaan doa diacara tersebut.
"Satu kebanggaan bila Syaikul Islam dipilih Brainy Bunch untuk ketuai pembukaan pembacaan surah Al-Fatihah. Semoga jadi anak yang soleh Syaikul Islam. Mama dan ayah didik kamu dengan baik," luah Sarah yang juga berharap anak sulungnya itu dapat menjadi insan yang berguna suatu hari nanti sesuai dengan namanya, selain dapat menjaga dirinya dan Sumayyah pada masa hadapan.

"Semoga Syaikul Islam menjadi ketua yang bijak, disegani dan dihormati, keperbadian yang baik, hormat orang tua dan bawa nama awak dengan baik. Syaikhul bermaksud Sheikh. Jaga mama dan adik okay," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: