Pada pukul 6.45 petang tadi (Jumaat - 18 Ogos 2023), pelakon Intan Najuwa, 26, akhirnya telah pun sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, dengan sekali lafaz, dalam sebuah majlis akan nikah yang berlangsung di sebuah hotel mewah iaitu One and Only Desaru Coast di Desaru, Johor.
Majlis yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat itu menyaksikan Intan atau nama sebenarnya, Najuwa Abdul Wahid dan pasangannya ini dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Datuk Dr Nooh Gadut yang berwakil walikan bapa kandungnya iaitu Abdul Wahid.
Intan yang tampil dengan gaun pengantin berwarna putih rekaan pereka fesyen Fiziwoo dan solekan oleh Datuk Alha Alfa ini menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 daripada Datuk Ahmad Azraf, manakala wang hantaran pula sebanyak RM222,000. Difahamkan, angka dua dalam mas kahwin dan wang hantaran adalah sebagai simbolik tempoh dua tahun perkenalan pasangan berkenaan.
Klik untuk gambar besar
Pasangan itu memilih 18 Ogos untuk disatukan sebagai suami isteri bersempena dengan sambutan hari jadi pelakon tersebut. Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada malam esok di Rimbunan Event Space, Johor Bahru, dengan bertemakan tradisional.
Pelakon drama bersiri 'Jesnita' itu menzahirkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang sejak sebulan lalu berjalan lancar dan berharap doa orang ramai mereka bahagia melayari rumah tangga.
Kata Intan, meskipun sudah bergelar isteri, dia akan meneruskan karier lakonan selain memberi fokus kepada pengajian dan perniagaan yang dijalankan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Doakan yang terbaik buat kami berdua dalam melayari rumah tangga. Walaupun sudah bergelar isteri, Intan akan terus menyambung karier lakonan serta mengutamakan juga pengajian Intan serta bisnes Intan sekarang," tuturnya.
Pada Februari lalu, timbul dakwaan yang mengatakan Intan sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang individu bergelar Datuk. Sumber itu turut memaklumkan, majlis pertunangan tersebut berlangsung di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru dan pasangan itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini. Bagaimanapun, ketika ditanya pihak media, pelakon itu memilih untuk mengunci mulut.
Untuk makluman, Intan pernah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019, namun hubungan mereka tidak bertahan lama sebelum memutuskan hubungan ekoran sudah tiada persefahaman.
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment