01 August 2023

"IBU CUBA JAUHI MAKAN DAGING KHINZIR & CUBA UNTUK PAKAI LEBIH TERTUTUP..." - MARYAM JELAS IBU BELUM UCAP DUA KALIMAH SYAHADAH



"Ibu memang sedang belajar tentang Islam tetapi orang kata kalau kita sebut dua kalimah syahadah baru kita masuk Islam. Tapi ibu belum lagi mengucap dua kalimah syahadah. Sekarang ini ibu cuba untuk menjauhi makan daging khinzir dan cuba untuk memakai pakaian lebih tertutup, malah pakaiannya lebih tertutup daripada saya.
"Bila ibu lihat saya pakai tudung, dia turut meminta untuk membelikan tudung buat dirinya juga... dia pun nak cuba pakai," demikian kongsi pempengaruh media sosial, Maryam You Narae yang memaklumkan, ibunya iaitu Jeong Hee tertarik untuk mempelajari tentang agama Islam, selepas melihat perubahan hidupnya sebagai seorang Muslim.

Dalam pada itu, Maryam turut berkata, dimana sebaik saja ibunya tiba di Malaysia, dia sudah memasang niat untuk membawanya ke masjid serta tidak menyangka ibunya turut mengikut tindak tanduknya menunaikan solat.

Klik unyuk gambar besar
"Salah satu hasrat saya adalah untuk membawa ibu ke masjid. Hari terakhir sebelum ibu pulang ke Korea, saya bawa ibu ke masjid untuk saya menunaikan solat Subuh. Saya tidak memaksanya untuk bersolat dan dia hanya duduk di sebelah saya...

"Tetapi saya tidak menyangka sewaktu saya solat dia mengikut setiap gerak langkah saya. Itu yang membuatkan saya terharu dan sewaktu menghantarnya ke lapangan terbang, dia meminta saya telekung yang dipakainya kerana mahu belajar solat," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: