01 August 2023

BILA BELL NGASRI TERIMA LEBIH 20 JUTA UNDIAN SEHINGGA LAYAK DINOBAT BINTANG PALING POPULAR



Semua sedia maklum mengenai pelakon dan pelawak Bell Ngasri, 43, yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH35).
Bell layak menerima gelaran tersebut selepas memperolehi 12,654,855 undi dari rakyat Malaysia, sekaligus menewaskan saingan terdekatnya iaitu pelakon Anna Jobling dan penyanyi Khai Bahar.

Menurut pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir, ABPBH kali ini sangat mencetuskan fenomena sejak Bell tersenarai dalam Top 20 dan Top 5.

"Kita dapat tengok auranya sangat berbeza kali ini. Kita bersyukur ABPBH selepas setahun lebih tak dapat dianjurkan, apabila kita balik, kita balik dengan Bell dan Alhamdulillah Bell juga menjadi satu kelainan kepada penganjur," katanya.

Tambahnya lagi, mekanisma yang digunakan kali ini berbeza kerana peminat memilih pemenang secara percuma atau menerusi langganan BH digital.

"Ia berbeza dengan sebelum ini di mana undian boleh dibuat melalui gandaan mata undian dengan pembelian barangan eksklusif penaja. Tahun ini kita tiada benda itu.

"Undian diterima Bell adalah ikhlas dan tulen daripada peminat tanpa kira latar belakang agama dan bangsa, muda atau 'senior' termasuk sokongan padu penggiat seni lain.

"Majoriti undian Bell adalah secara percuma dari rakyat Malaysia sendiri. Itu saja dan menewaskan pesaing lain. Ini membuktikan bakat dimiliki Bell masih diterima masyarakat sejak mula aktif dalam bidang seni kira-kira 37 tahun lalu.

"Saingan terdekat datangnya dari Anna Jobling dan Khai Bahar. Perbezaannya jauh dan kita tak dapat nak kongsikan kepada orang lain," ujarnya.

Dalam ABPBH 35, Bell juga menang kategori Artis Komedi Popular. Bell yang mula berlakon sejak 1986 menewaskan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli dalam kategori itu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: