31 August 2023

"ITU HAK SAYA... MEMANG ORANG KECAM SEBAB DIA KINI DISERANG ANGIN AHMAR" - AISHAH TETAP TERUSKAN LELONG HARTA PENAJA



Usaha menuntut lot tanah kemenangan ketika menjuarai program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) masih belum dapat diselesaikan membuatkan penyanyi Aishah bertindak untuk melelong hartanah penaja.
Bagaimanapun, tindakan Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, 58, telah menerima kecaman netizen selepas pihak penaja terbabit kini diserang penyakit angin ahmar.

Jelas Aishah, kes yang membabitkannya dengan pihak penaja terbabit sudah berlarutan selama enam tahun. Dek kerana itu, kata penyanyi Janji Manismu' ini dia tetap meneruskan menuntut haknya.

"Saya akan teruskan sebab itu hak saya. Saya juga sudah sampai tahap ini, takkan nak hentikan? Jangan salahkan orang lain. Ada banyak masa sepanjang enam tahun untuk dia selesaikan masalah ini," ujarnya.

Klik untuk gambar besar
"Memang orang kecam sebab dia (pihak penaja) kini diserang penyakit angin ahmar, tetapi kes ini sudah berlarutan selama enam tahun dan dia diserang penyakit itu empat bulan lalu," ujarnya.

Mengulas tindakannya itu, Aishah berkata, ia terpaksa dilakukan selepas kegagalan penaja, Datuk Seri Amir Mohd Isa melunaskan cadangan pembayaran secara ansuran oleh pihak mahkamah.

Menurut Aishah, dia juga menerima cadangan pelan pembayaran baharu buat kali ketiga daripada pihak penaja sebagai penyelesaian bayaran jumlah asal harga tanah yang dijanjikan sebanyak RM300,000.
Namun, katanya, kegagalan pihak penaja melunaskan pembayaran sebanyak dua kali sebelum ini membuatkan dia nekad untuk meneruskan tindakan lelongan itu.

Sementara itu, Aishah memberitahu, walaupun usahawan terbabit sudah diisytiharkan muflis, dia kini menuntut pembayaran daripada isteri serta anaknya yang juga rakan perniagaan bersama.

"Saya dan pihak peguam termasuk yang mewakilinya dapat tahu dia sudah muflis pada perbicaraan di mahkamah September lalu dan proses terbabit hanya membuang masa sahaja.

"Malah, dia juga sudah beberapa kali menukar peguam. Jadi pihak kami teruskan tuntutan kepada dua rakan perniagaan yang juga isteri dan anaknya," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: