31 August 2023

ISU NAK SAMAN BEKAS KAKAK IPAR IRA KAZAR - PUTERI SARAH TETAP TERUSKAN



"Ingatkan saya hendak datang bercuti di Indonesia dengan aman, namun ramai yang bertanya kepada saya berhubung tindakan undang-undang yang akan diambil ini.
"Saman tetap diteruskan, kalau tidak individu itu tidak akan berhenti 'menyalak'. Oleh itu, orang seperti ini wajib diberikan pengajaran.

"Supaya pendekatan yang saya ambil ini menjadi iktibar, supaya mereka tahu bila hendak berdiam diri dan bila hendak bercakap."

Demikian tulis pelakon Puteri Sarah Liyana yang menjelaskan, dia tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwie Darvienda Mazweena, selepas wanita itu masih bercakap buruk mengenainya, selain mahu memberikan sebagai pengajaran.

Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Puteri Sarah meluahkan rasa berang terhadap bekas menantu pelakon Kazar Saisi itu yang didakwa masih 'menyalak' di laman Instagram.

Puteri Sarah mendakwa wanita itu menjaja kisah dirinya dan bekas suaminya, pengarah Syamsul Yusof.

Kata ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, wanita tersebut sepatutnya bersyukur apabila dia membuat keputusan menarik saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: